Monday, February 2, 2009

Di Mana Mereka...Adik-Adik Saya



Saya ada dua orang adik. Nama mereka ialah Mustafa Muhammad Munib Mustafa Soursour dan Akram Mansy Soleh Nassor. Mereka orang Palestin, tinggal di Gaza. Mereka adalah anak angkat ayah dan umi saya.

Adik Mustafa lahir pada 31/1/2003. Ayahnya meninggal pada 30/5/2004. Ibunya bernama Amirah dan adik Mustafa mempunyai lima orang adik beradik dan mereka tinggal di Sobrah, Gaza.

Ini adik Akram, dia tinggal di Madrasah Fallah, Zaitun, Gaza. Ibunya bernama Hannan. Dia mempunyai lima orang adik beradik. Ayahnya meninggal pada 17/4/2004. Adik Akram lahir pada 22/12/2004. Kasihan adik Akram tak dapat jumpa ayahnya. Ayah mereka dah masuk syurga, Insya Allah.

Saya tak tau mereka masih hidup atau tidak selepas Israel bom Gaza. Saya berdoa adik Mustafa dan adik Akram masih hidup dan selamat. Saya nak berjumpa mereka satu hari nanti. Semoga dah besar nanti mereka berjihad melawan tentera Israel... Allahu akbar 3X

2 comments:

Abdul Azim said...

Abid doakan untuk mereka ye..
Dia orang pun adik abang juga..

Anonymous said...

ok... abang

 

Web Site Visitor Counter