Monday, July 27, 2009

Saya Cabut Gigi

Gigi saya dah goyang. Saya nak cabut gigi.


Aduh! Sakitnya

Eeeeeee gerammmm nya


Yes! Alhamdulillah, Umi berjaya cabut gigi saya.Yey!!!



Handsome tak saya?

Monday, June 15, 2009

Rehlah di Kalumpang Resort dengan keluarga

Bersedia untuk pergi mandi di sungai

Best mandi sungai, airnya bersih

Sejuk sangat air sungai ni

Errrrrr...sejuk

Api berjaya dihidupkan oleh Ayah dan kakak Ainul

Inilah lighter yang saya bawa untuk barbeque

Hari Khamis, 4 Jun 2009 yang lepas saya sekeluarga pergi berkelah di Kalumpang Resort. Umi saya membawa daging, ayam, sotong dan udang untuk barbeque. Kami tidur di sana selama 1 malam. Di sana saya dapat mandi sungai dengan umi, ayah, kakak Ainul dan kakak Anis. Saya rasa sangat gembira. Saya bawa beg, dan dalam beg saya ada lighter, lilin, wisel dan pistol air. Lihatlah gambar-gambar saya sedang mandi di sungai..sejuk sangat.

Monday, March 30, 2009

Hot Air Balloons

Minggu lepas semasa cuti sekolah saya telah pergi pameran hot air balloon di Putrajaya, tidak jauh dari rumah Umi Long. Dekat situ ada balloons, bouncing playground dan saya ambil gambar dengan clown.



Saya rasa seronok sangat melihat hot air balloons. Saya rasa macam nak naik balloon itu, tetapi tiket dah habis. Sebelum hot air balloons dinaikkan, ayah saya telah belikan layang-layang untuk saya. Saya bermain layang-layang di tengah padang bersama ayah saya.


Orang penjaga hot air balloon telah meminta semua layang-layang diturunkan sebelum balloons dinaikkan. Tidak lama kemudian hot air balloons dinaikkan satu persatu. Balloons itu dari banyak negara. Balloon dari negara Malaysia pun ada.


Balloon ini macam buah orange


Kak Anis dan Kak Ain tunjuk jari

Ini balloon Malaysia macam clown

Balloon ini macam kepala gajah



Tuesday, March 17, 2009

Happy Birthday Prophet Muhammad Sallahu'alaihi wassalam

Pada 13 Mac, sekolah saya menyambut Prophet Muhammad S.A.W birthday. Handsome tak, saya pakai baju melayu?
Di sekolah ada peraduan mewarna for standard two and standard one. Saya dapat 1st prize dalam colouring contest. Saya juga tengok tayangan video bagaimana Qur-an dibuat.
I felt very happy because I got a beautiful Qur-an and colouring brush. I love my Qur-an and I want to read it everyday

Friday, March 13, 2009

Sports Day....Seronok Nya!!!

Pada 7 Mac, sekolah saya adakan sports day. Rumah saya warna Merah, nama rumah saya Salman al-Farisi. Sports day diadakan di Mini Stadium Shah Alam. Rumah Merah dapat nombor 3, Rumah Kuning dapat nombor 2, Rumah Hijau nombor 1...Horray Rumah Merah HEBAT! ALHAMDULILLAH
Saya sedang beratur untuk lumba lari dalam guni....dan rumah saya dapat nombor...
NOMBOR SATU ...JUARA
Inilah kumpulan Rumah Merah...

Saturday, February 28, 2009

Cake Birthday Saya...Yummy




I am already seven years old. Birthday saya dah lepas. My birthday is on the 18 of February. Cake birthday saya sangat delicious. Saya bawa cake ke sekolah. Kawan-kawan saya kata sedap. Teacher pun makan kek saya.YUMMY!

Saya baru habis exam



Last week saya ada exam. Matapelajaran saya di sekolah adalah. Jawi, Mathematics, Arabic, English, Fiqh, Aqidah, Seerah, Bahasa Melayu, Science, Akhlaq, Computer dan Quranic Generation. Saya rasa exam saya bagus dan cemerlang. Tetapi saya lemah dalam matapelajaran Arabic dan Jawi. Ayah kata ayah akan ajar saya. Saya mesti study bersungguh-sungguh. Sebab Abang azim kata nak belikan hadiah kalau saya belajar rajin-rajin.

 

Web Site Visitor Counter